Connect with us

Oh! Media

Peniaga Air Mineral Mengamuk Lepas Barang Disita Di Dataran Merdeka

Ohmedia sita

Oh! Tidak

Peniaga Air Mineral Mengamuk Lepas Barang Disita Di Dataran Merdeka

Tular di TikTok, satu rakaman video memaparkan seorang peniaga air mineral mengamuk dipercayai kerana barang niaga disita penguatkuasa.

Kejadian yang disaksikan orang awam itu berlaku di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Sewaktu kejadian, orang awam sedang duduk sementara menunggu waktu berbuka puasa.

“Haa ambil! Ambil!” – Peniaga memekik penguatkuasa

Kelihatan peniaga memekik penguatkuasa sambil menghumban air mineral yang berada di dalam troli ke tanah sebagai tanda protes.

IKLAN

Lebih mencuri tumpuan, seorang wanita yang dipercayai kenalan kepada peniaga itu turut masuk campur dan memarahi pegawai penguat kuasa secara terbuka.

Aku berniaga air mineral air sejuk je weh! Viralkan viralkan..

Seperti biasa, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi netizen. Ada yang meluahkan rasa simpati terhadap peniaga berkenaan, mungkin kerana melihat dia hanya ingin mencari rezeki di bulan mulia.

Netizen luah rasa bimbang

Namun begitu, majoriti pengguna media sosial berpendapat tindakan peniaga itu agak keterlaluan dan tidak wajar.

Menurut mereka peraturan tetap peraturan dan semua pihak perlu mematuhinya supaya tiada pihak yang merasa teraniaya.

Dbkl
Penguatkuasa
Peniaga

Orang ramai bimbang ‘trend’ berniaga tanpa lesen ini jika tidak dibanteras akan membawa masalah lebih buruk kelak.

Ohmedia sita

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas