Oh! Tidak

Pengantin Malu Lauk Dan Goodies Tak Cukup, Rupa-Rupanya Saudara Memandai Jemput Jiran

Published on

Bergelar raja sehari merupakan momen yang paling ditunggu-tunggu setiap individu. Iyalah, kahwin kan sekali seumur hidup je. Pengantin mestilah nak majlis berjalan dengan lancar kan?

BACA: Mak Ayah Suruh Buat Loan Untuk Majlis Kahwin, Pengantin Dedah Derita Perlu Bayar Hutang

Tetapi lain pula yang terjadi kepada pengantin ini apabila makanan termasuk goodies kepada tetamu pada hari kejadian tak cukup.

Memang huru hara majlis jadinya kerana tetamu yang hadir pada hari itu melebihi yang sepatutnya iaitu 150 pax je.

Rupa-rupanya, saudara pengantin pandai-pandai menjemput jiran tetangga untuk memeriahkan majlis. Kata saudara, 150 jemputan tak logik! Tak pasal-pasal jadi 400 tetamu yang datang.

Kesiannya pengantin. Majlis kahwin yang sepatutnya berlangsung di tempat yang cantik dan sempurna tiba-tiba rosak disebabkan sikap saudara yang sebegini.

Kredit: Facebook Azizul Azli Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version