Connect with us

Oh! Media

Penduduk Lari Tinggalkan Rumah, Gempa Bumi Kuat Landa Sumatera!

sumatera

Trending

Penduduk Lari Tinggalkan Rumah, Gempa Bumi Kuat Landa Sumatera!

Gempa bumi yang kuat telah melanda pantai barat pulau Sumatera pagi tadi dan membuatkan penduduk di sekitar kawasan tersebut meninggalkan rumah kediaman masing-masing.

ADVERTISEMENT

BACA: Gempa Bumi Sederhana Di Sumatera Dirasai Sekitar Selangor Dan KL

Menerusi laporan Kosmo, gempa sekuat 6.7 pada skala Richter berlaku pada jam 4.06 pagi pada kedalaman 21 kilometer. Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengatakan pusat gempa berada pada 167 km barat bandar Pariaman.

Gegaran gempa terasa selama satu minit pada kadar sederhana. Orang ramai yang panik keluar meninggalkan kediaman masing-masing.

Gegaran itu diikuti oleh beberapa gegaran susulan yang kuat.

sumatera

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang sebelum ini beri amaran bahawa gempa bumi itu akan mencetuskan tsunami telah menarik balik amaran tersebut.

Menurut Ketua Mencari dan Menyelamat Nias, Agus Wibisono, tiada kerosakan berlaku dan tiada mangsa yang cedera. Pihak mereka akan terus membuat pemantauan kerana gegaran masih kuat dirasai di pulau Nias Selatan.

Bimbang juga sebelum ni kan gegaran yang berlaku di Sumatera dapat dirasai oleh rakyat Malaysia. Alhamdulillah semua baik-baik saja. Semoga keadaan di Sumatera juga akan bertambah baik.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas