
Oh! Tidak
Pemuda Mengamuk Ingatkan Motor ‘Hilang’, Lupa Rupanya Jalan Kaki Beli Rokok Di Kedai
Di Jogjakarta Indonesia, seorang pemuda mencetuskan kekecohan apabila mengamuk dan menutup jalan kerana menyangka motosikalnya hilang.
Memetik laporan Detik Jogja, kejadian berlaku pada pagi Sabtu, 4 Januari 2025 menyaksikan lelaki itu menyusun bangku untuk menghalang laluan jalan raya.
Terkejut motor ‘hilang’, pemuda mengamuk halang laluan

Tindakannya menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa berpatah balik. Malah, sesiapa yang masih menggunakan jalan itu diherdik dan dimarahinya.
Tak cukup dengan itu, lelaki itu turut menendang meja dan kerusi di sebuah warung. Keadaan menjadi terkawal apabila seorang anggota tentera yang kebetulan melintas menahan lelaki itu dan membawanya ke balai polis.
Selepas diberikan nasihat oleh pihak berkuasa, lelaki itu akhirnya menyedari kesalahannya. Tidak lama selepas dibawa pulang, dia bersama rakannya kembali ke balai polis untuk meminta maaf.
Lupa rupa-rupanya ke kedai jalan kaki

Lelaki berkenaan rupa-rupanya ke kedai berjalan kaki dan motosikal sebenarnya telah dipulangkan ke syarikat sewa.
Menurut Ketua Polis Daerah Depok Barat, AKP Andika Arya Pratama, kejadian bermula apabila lelaki itu yang berada dalam keadaan mabuk berjalan kaki dari rumah sewanya untuk membeli rokok di sebuah kedai.
Dia menyangka motosikalnya dibawa, sedangkan dia sebenarnya tidak membawa motosikal itu.
#OhmediaNasihat
Kisah ini memberi pengajaran kepada kita supaya tidak membuat keputusan atau tindakan melulu, terutama ketika di bawah pengaruh alkohol. Fikir dahulu sebelum bertindak dan pastikan maklumat disahkan terlebih dahulu. Tindakan impulsif bukan sahaja memalukan diri sendiri, tetapi juga boleh mengganggu ketenteraman orang lain.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Detik Jogja
