Connect with us

Oh! Media

“Pemergian Yang Dicemburui” – Rakan Dedah ‘Mesej-Mesej’ Terakhir Kapten Affendi

Oh! Tidak

“Pemergian Yang Dicemburui” – Rakan Dedah ‘Mesej-Mesej’ Terakhir Kapten Affendi

Lewat malam tadi, Malaysia digemparkan dengan insiden nahas pesawat jenis Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth.

ADVERTISEMENT

BACA: Hishammuddin Sahkan Pesawat Hawk 108 Terhempas, Seorang Anggota TUDM Terkorban Dan Seorang Lagi Cedera

Kejadian yang berlaku kira-kira 10 malam itu telah mengorbankan seorang anggota iaitu Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala seorang lagi cedera.

Menerusi ciapan di Twitter milik Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin, beliau dimaklumkan mengenai insiden itu oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Rakan akui terkejut dengan pemergian itu, dedah mesej-mesej terakhir arwah

Dalam orang ramai berasa sebak akan insiden itu, seorang rakan kepada Allahyarham turut tampil berkongsikan beberapa hantaran yang pernah dibuat sebelum pemergian arwah.

Menerusi sebuah hantarannya di laman Facebook bernama Aman Nazman, dia mengakui terkejut dengan perkhabaran itu dan seakan-akan tidak menyangka rakannya itu akan pergi buat selama-lamanya.

Seram sejuk dibuatnya dapat perkhabaran Kapt Affendi Bustamy TUDM telah pergi buat selama-lamanya.

Pemergian pula ketika dalam melaksanakan tugas penerbangan dimalam hari, Sungguh cemburu.

Selain itu, dia juga turut berkongsikan beberapa tangkap layar memaparkan hantaran yang ditulis Kapten Affendi pada 25 Jun yang lalu.

Menerusi hantaran yang ditulis arwah, pesan-pesan yang penuh bermotivasi yang ditulis seakan-akan arwah tahu bahawa ajalnya akan tiba tidak lama lagi.

Antara status yang pernah ditulis Kapten Affendi di Facebook sebelum ini termasuklah bintang ku tinggi di atas, jangan tertipu dengan usia muda kerana syarat untuk mati tidaklah harus tua dan sebagainya.

Menurut Azman, dia terdetik untuk melihat kembali status-status yang pernah dibuat arwah selain menyifatkan ayat tersebut penuh dengan makna tersirat walaupun ditulis secara ringkas.

Banyak kenangan terimbau sejak sama-sama melapor diri di Pangkalan Udara Butterworth. Terdetik nak tengok kembali status-status, walaupun ringkas tetapi penuh motivasi.

Mengakhiri hantarannya, dia turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Kredit: Facebook Aman Nazman I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top