Connect with us

Oh! Media

Pemenang Cabutan Bertuah RM310K ‘Event’ Faris Choii Nak Masukkan Duit Dalam Akaun Bank ‘Girlfriend’

fariz-choii-ohmedia

Oh! Tidak

Pemenang Cabutan Bertuah RM310K ‘Event’ Faris Choii Nak Masukkan Duit Dalam Akaun Bank ‘Girlfriend’

Seorang pemuda berusia 22 tahun berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah kereta jenama Nissan GT-R R35 semasa acara Santai Food Festival di Terengganu yang dianjurkan oleh team Faris Choii.

ADVERTISEMENT

Choii yang bertugas sebagai emcee bersama pelawak, Achey bersetuju dengan kehendak pemuda itu yang mahu menukar hadiah yang dimenanginya dengan wang tunai sebanyak RM310,000 selepas dibida oleh seorang lelaki.

Walau bagaimanapun, pemuda tersebut mengejutkan orang ramai kerana meminta wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank teman wanita kerana telefon miliknya kehabisan bateri.

TikTok: hermanali87

Namun perkara tersebut dihalang oleh Choii dan Achey lalu meminta pemuda tersebut memberikan nombor akaun bank ibu bapanya.

Kalau tanya saya, saya tak akan benarkan. Tak boleh, bahaya, akaun awek tak boleh, kalau akaun isteri mungkin, mana adik beradik dia -Achey-

Akhirnya Choii membuat keputusan untuk memberikan powerbank kepada pemuda itu supaya telefon bimbit miliknya dapat dihidupkan.

Fariz Choii

Selepas penganjur dan emcee bertegas dengan pendirian mereka, wang tersebut berjaya dimasukkan terus ke akaun bank pemuda itu.

Sekadar nasihat dari Oh! Media, selagi belum halal jangan pandai-pandai bagi ‘girlfriend’ simpankan duit korang yang banyak tu.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas