Connect with us

Oh! Media

Pemandu Lori Sampah Dipercayai Mabuk Dan Langgar Stesen Minyak, Polis Dedah Perkara Sebenar

Trending

Pemandu Lori Sampah Dipercayai Mabuk Dan Langgar Stesen Minyak, Polis Dedah Perkara Sebenar

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah lori sampah dalam keadaan berasap di sebuah stesen minyak di Jalan Batu 2, Kuala Selangor sehingga merisaukan ramai pihak.

ADVERTISEMENT

BACA: Pemandu Lori Tangki Tanpa Bersalah Guna Lorong Kecemasan Serah Diri

Menerusi video yang tular itu, pemandu lori tersebut dipercayai dalam keadaan mabuk sebelum dikatakan melanggar stesen minyak berkenaan malam tadi.

Menurut Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.53 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Lori sampah milik majlis perbandaran itu dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai dalam keadaan mabuk dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, pihaknya juga telah menyerahkan pemandu lelaki itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Bukan kerana mabuk, polis dedah perkara sebenar

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian itu berlaku oleh kerana kecuaian pemandu itu sendiri.

Menurutnya, pemandu tersebut pada awalnya ingin mengisi minyak sebelum berhenti di sebuah stesen minyak kira-kira pukul 3.40 pagi.

Tambahnya, ketika kenderaan berat itu ingin mengundur untuk mengambil jarak selamat, dia tanpa sengaja tertekan pedal minyak sebelum melanggar tiang stesen minyak berkenaan.

Superintendan Ramli Kasa.
Superintendan Ramli Kasa.

Kejadian itu menyebabkan bahagian belakang lori tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan kepulan asap putih yang banyak.

Namun, dia tertekan pedal minyak dan kemudian mengundur lalu melanggar tiang stesen minyak berkenaan. Pelanggaran itu menyebabkan lori berkenaan mengalami kerosakan dan berasap.

Kata Ramli, siasatan lanjut mendapati tiada berlaku sebarang kemalangan jiwa serta melibatkan kenderaan lain. Bagaimanapun, kes disiasat mengikut Rule 17 LN 166/59.

Kredit: Kosmo! I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas