Connect with us

Oh! Media

Pekerja Nasi Kandar Popular Kantoi Berseluar Dalam Ketika Bekerja Di Dapur

nasi kandar

Oh! Tidak

Pekerja Nasi Kandar Popular Kantoi Berseluar Dalam Ketika Bekerja Di Dapur

Viral apa lagi hari ni? Sekarang ni dekat aplikasi TikTok fyp satu video menunjukkan seorang pekerja restoran nasi kandar hanya berseluar dalam ketika melakukan kerja di dapur.

ADVERTISEMENT

Situasi itu dirakam individu yang kebetulan lalu di belakang restoran terbabit yang terletak di Pantai Johor, Alor Setar Kedah.

Dalam rakaman tu, dapati dilihat dia hanya memakai seluar dalam warna hitam, bercangkung sambil membersihkan alat memasak.

Dia bagaimanapun paling ke belakang dan sedar aksinya dirakam dan terus cuba menyorokkan dirinya di tepi pintu dapur.

Melalui ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa geram kerana pihak yang menularkan video tersebut tidak menyatakan nama restoran dan lokasinya.

Namun, ada yang mendakwa restoran itu terletak di Pantai Johor, Alor Setar, Kedah dan menerusi video boleh didengari individu yang merakam berkata dia mahu melaporkan kepada pihak berkuasa.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas