Oh! Tidak
Pegawai DBKL Dedah Peniaga Licik Main ‘Sorok-Sorok’
Peniaga di Kuala Lumpur didakwa licik ganti perabot sebaik DBKL rampas barang mereka.
Isu penyalahgunaan laluan pejalan kaki oleh restoran dan peniaga kecil di sekitar Kuala Lumpur nampaknya belum ada noktah. Walau beratus operasi dilakukan, perabot tetap muncul semula.
Seorang pegawai DBKL yang enggan dikenali mendedahkan, pihaknya kini seolah-olah terperangkap dalam satu permainan tanpa penghujung.
Menurutnya, peniaga sudah bersedia dengan aset ganti seperti kerusi dan meja tambahan setiap kali operasi rampasan dilakukan.
Mereka simpan meja dan kerusi tambahan berdekatan. Bila kami rampas, mereka terus keluarkan set yang lain. Ia seperti permainan tidak berkesudahan, kami rampas, mereka ganti.
Kawasan panas di Jalan Sultan, Brickfields…

Antara lokasi yang kerap menjadi sasaran operasi DBKL termasuk Jalan Sultan dan kawasan Brickfields. Tapi tindakan DBKL masih belum memberi kesan.
Depoh kami penuh dengan meja dan kerusi mereka. Denda langsung tak beri kesan, mereka ada duit dan anggap saman seperti duit kecil.
Seorang pegawai DBKL wanita pula mencadangkan agar lesen dibatalkan jika peniaga sudah melanggar tiga kali. Tambahnya, surat akujanji juga patut diwajibkan dari MPPWP atau pejabat Ahli Parlimen.
Kalau denda lebih murah daripada keuntungan sehari, mereka tak akan serik.
Notis saman DBKL patut dipamerkan terbuka?

Cynthia Hor, Pengerusi MPPWP sub-zon Bukit Bintang, turut mencadangkan supaya saman dipamer secara terbuka, macam rating tahap kebersihan.
Beliau juga sarankan pemasangan CCTV sebagai pemantauan tambahan.
Kos CCTV hanya sekitar RM1,500 seunit dan RM30 sebulan untuk penyelenggaraan.
Hanya restoran berlesen boleh mohon permit letak meja luar, dengan bayaran RM20–RM50 sebulan satu meja. Tapi ramai langgar syarat, dan hanya kena kompaun RM500.

DBKL lapor, tahun lalu saja 233 operasi dijalankan, rampas lebih 2,000 meja dan kerusi. Penduduk di Brickfields pun mula meluahkan rasa kecewa. Katanya, lepas serbuan DBKL, peniaga terus keluarkan semula barang yang dirampas.
Pssttt! Isu ini bukan baru, tapi makin melarat. Bila penguatkuasaan dilihat longgar, peniaga anggap rampasan dan saman sekadar ‘hal kecik’. Sampai bila DBKL nak main kejar-kejar macam ni? Mungkin dah sampai masa sistem dikemas kini, supaya bukan saja tegas, tapi juga berkesan dan dihormati. Kalau tidak, kita akan ulang cerita sama setiap tahun.
Kredit: The Star
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM