Oh! Tidak
PDRM Tegaskan Denda RM100 Untuk Pembuli Siber Mendiang Esha Adalah Maksimum
Ramai tak puas hati dengan jumlah denda RM100 yang dikenakan ke atas seorang wanita yang mengaku bersalah dalam kes buli siber mendiang Esha.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun ada suarakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman ini dan meminta SKMM dan PDRM mengambil tindakan tegas agar kes buli siber dihentikan. Dengan hukuman RM100 ni, rasanya tidak akan membuatkan orang rasa insaf pun.
Apapun, PDRM meminta orang ramai untuk berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai jumlah hukuman ini.

BACA: Pembuli Siber Mendiang Esha Mengaku Bersalah, Hanya Didenda RM100
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata denda yang dikenakan adalah jumlah maksimum mengikut peruntukkan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Bagaimanapun, Datuk Rusdi memaklumkan pihaknya bersedia untuk membuka semula siasatan jika menerima sebarang petunjuk baharu.
Sebelum ini, mendian Esha dilaporkan telah membunuh diri akibat tekanan daripada pembuli siber yang diterimanya di media sosial.
Dalam kes ini, seorang wanita telah mengaku bersalah dan didenda RM100 dan seorang lagi lelaki mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Harian Metro
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM