Connect with us

Oh! Media

PATI Merayu Minta Lepas Untuk Beraya, Kantoi Jawab Subuh 4 Rakaat, Zuhur 12 Rakaat

Trending

PATI Merayu Minta Lepas Untuk Beraya, Kantoi Jawab Subuh 4 Rakaat, Zuhur 12 Rakaat

Lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia hari ini bukanlah perkara baru malah semakin membimbangkan.

ADVERTISEMENT

BACA: Guna PATI Sebagai Pekerja, ‘Shopping Mall’ Terkemuka Diserbu!

Untuk bekerja di negara ini mereka sanggup menyusup masuk dengan apa cara sekalipun termasuk lorong tikus darat dan air.

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik wartawan jenayah 999, Tun Hizami Hashim di TikTok, pendatang asing yang ditahan ketika serbuan cuba meraih simpati agar dilepaskan untuk menyambut Aidilfitri.

@tunhizamihashim Subuh 4 rakaat, Zuhur 12 rakaat.. #999tv3 #jenayahmembawapadah ♬ original sound – Tun Hizami Hashim (999 TV3)

Difahamkan serbuan itu dilakukan anggota Jabatan Imigresen dalam satu operasi penguatkuasaan di Pasar Borong Harian Selayang, Selangor pada 28 April lalu.

Salah seorang yang ditahan mengaku sebagai Myammar Islam namun ketika ditanya mengenai jumlah rakaat, dia menjawab Subuh sebanyak 4 rakaat dan Zohor sebanyak 12 rakaat.

Apa-apa pun semoga isu pendatang asing tanpa izin di Malaysia ini dapat diselesaikan dengan segera.

Kredit: TikTok Tun Hizami Hashim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas