
Oh! Tidak
“Parking Ke Ansuran Bulanan Tu” – Pengguna TikTok Kena Caj RM2,000 Parking 13 Hari Di KLIA!
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Yaya Tasha telah berkongsi pengalaman mengejutkan apabila dikenakan caj parkir melebihi RM2,000 selepas meninggalkan kenderaannya selama 13 hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam video tersebut, Yaya dilihat memasukkan nombor pendaftaran kenderaan pada kiosk parkir, lalu terpampang jumlah bayaran yang mengejutkan itu.
Caj parking RM2,084 untuk 13 hari
Perkongsian meraih perhatian ramai dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Mereka terkejut kerana caj parking melebihi gaji minimum seorang pekerja di Malaysia.
Cetus perdebatan dalam kalangan netizen



Ada juga yang mempertahankan caj tersebut menyatakan bahawa bayaran itu berpatutan memandangkan tempoh parkir yang panjang.
#OhmediaNasihat
Sebelum meninggalkan kenderaan di lapangan terbang untuk tempoh yang lama, adalah penting untuk menyemak dan memahami struktur kadar parkir yang ditawarkan.
Pilihlah kemudahan parkir yang sesuai dengan tempoh ketiadaan anda bagi mengelakkan caj yang tinggi. Tapi, kalau mampu apa salahnya kan?

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok Yaya Tasha
