Connect with us

Oh! Media

Pakwe Sanggup Bagi Nafkah ‘Couple’ RM500 Sebulan, Kekasih Senyap-Senyap Kahwin Lelaki Lain

Ohmedia nafkah Couple

Oh! Tidak

Pakwe Sanggup Bagi Nafkah ‘Couple’ RM500 Sebulan, Kekasih Senyap-Senyap Kahwin Lelaki Lain

Seorang individu ‘berputih mata’ apabila kekasih hatinya tiba-tiba berkahwin dengan lelaki lain senyap-senyap.

Lebih mengecewakan apabila individu berkenaan sudah berhabis duit membelikan pelbagai barangan termasuk nafkah ‘couple’ sepanjang 5 tahun bercinta.

Kekasih minta elaun bulanan sebagai nafkah

Dalam satu perkongsian kepada pengguna TikTok @meingl, lelaki ini berkata, mereka mula berkenalan pada tahun 2018.

IKLAN
Nafkah

Dia mengakui timbul rasa sayang apabila semakin rapat pada 2020. Ketika itu, mereka setuju untuk serius dalam perhubungan dan berkahwin.

Teman wanitanya mula meminta duit bulanan dengan alasan sebagai ‘nafkah’ memandangkan mereka akan berkahwin. Pada awalnya, dia memberikan RM300 dan lama kelamaan naik sehingga RM500.

Sebagai seorang teman lelaki, dia langsung tidak berkira meskipun keadaan ekonomi semakin menekan. Pada masa yang sama, dia perlu mengumpul wang untuk perbelanjaan berkahwin.

Sudah empat ke lima tahun bercinta

Nafkah 2

Pada tahun 2024, kekasihnya itu berhenti kerja swasta dan menerima tawaran kerja kerajaan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebagai persediaan masuk kerja baru, teman wanitanya minta dibelikan pelbagai barangan termasuk jam berharga hampir RM2,000.

Namun, pada 18 Disember tiba-tiba kekasihnya tidak membalas mesej dan panggilan telefon. Kali terakhir mereka berjumpa adalah pada 13 Disember.

Tahu-tahu kahwin lelaki lain

Nafkah Couple

Lebih mengelirukan apabila nombor telefonnya didapati sudah disekat daripada menghubungi kekasihnya.

Individu ini kemudian tergerak hati untuk meninjau akaun media sosial kekasihnya dan terkejut mendapat tahu kekasihnya berkahwin dengan lelaki lain.

Jelasnya lagi, dia tidak menyangka akan dikhianati memandangkan mereka sudah lama bercinta. Kekasihnya juga tidak pernah memberikan kata putus namun tiba-tiba menghilangkan diri.

Lelaki ini buntu apa yang harus dilakukan dan seakan tidak percaya ditipu hidup-hidup!

#OhmediaNasihat

Setia dan pengorbanan memang penting dalam perhubungan, tetapi pastikan hubungan itu dibina atas asas yang jujur dan seimbang.

Jika anda berada dalam situasi seperti ini, ingatlah bahawa kepercayaan dan komunikasi adalah kunci hubungan yang sihat. Kalau sudah tak suka, berterus teranglah dan jangan mengambil kesempatan!

Ohmedia nafkah Couple

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok @meingl


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas