Connect with us

Oh! Media

Pakai Jubah, Jual Babi Panggang, Influencer Thailand Dikecam Guna Imej Islam Untuk Promosi

thailand

Oh! Tidak

Pakai Jubah, Jual Babi Panggang, Influencer Thailand Dikecam Guna Imej Islam Untuk Promosi

Satu tindakan personaliti media sosial Thailand baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan ramai selepas dia dilihat mempromosikan daging babi panggang sambil memakai pakaian tradisional Arab.

Lelaki berkenaan, Charoensak “Tony” Phosichai atau dikenali sebagai Uncle Tony, memuat naik video dirinya memakai thobe dan keffiyeh, dua pakaian yang sinonim dengan umat Islam, terutama ketika solat dan acara keagamaan.

IKLAN

“Selamat tahun baru Thailand!” – Promosi jadi kontroversi…

thailand

Dalam video itu, Uncle Tony kelihatan ceria menyambut perayaan Songkran sambil mengajak orang ramai mencuba daging babi panggang di restorannya.

Hai! Selamat Hari Songkran! Semoga anda semua kaya dan sihat. Mari kita raikan Tahun Baru Thai! Sesiapa yang berminat untuk mencuba daging babi panggang boleh berkunjung ke Krua Long Tony.

Orang bukan Islam di Thailand pun tak setuju…

Isu ini bukan sahaja mendapat perhatian umat Islam, malah sebahagian besar masyarakat bukan Islam di Thailand juga tidak bersetuju dengan caranya yang disifatkan tidak sensitif terhadap agama lain.

Selepas dikecam hebat, Uncle Tony akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya. Dia turut menjelaskan bahawa tiada niat untuk menghina mana-mana agama.

Saya mempunyai ramai kawan dalam komuniti Islam. Saya telah pun memadamkan video tersebut. Saya sekali lagi memohon maaf setulus-tulusnya atas apa yang telah saya lakukan.

@khlipdedkhawron

ลุงโทนี่ ออกมาขอโทษแล้ว ยันไม่มีเจตนาลบหลู่ หลังทำคอนเทนต์ ใส่ชุดโต๊ปขายหมูหัน ลุงโทนี่ ชุดโต๊ป มุสลิม ลุงโทนี่หมูหัน

♬ เสียงต้นฉบับ – คลิปเด็ด ข่าวร้อน – คลิปเด็ด ข่าวร้อน

Pssttt! Dalam dunia media sosial, apa yang nampak “unik” boleh cepat jadi kontroversi kalau tak sensitif. Isu ini jadi peringatan besar untuk kita semua, hormati budaya dan agama orang lain. Niat mungkin baik, tapi cara penyampaian tu penting. Semoga ini jadi pengajaran bukan hanya kepada Uncle Tony, tapi juga kepada semua content creator di luar sana.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas