Connect with us

Oh! Media

Pak Cik Tua Menangis Anak Menantu Halau Dari Rumah, Dibenci Cucu.. Rupanya Ada Plot Twist!

datuk halau

Oh! Tidak

Pak Cik Tua Menangis Anak Menantu Halau Dari Rumah, Dibenci Cucu.. Rupanya Ada Plot Twist!

Kecoh di Indonesia mengenai seorang pak cik tua yang menangis teresak kerana dihalau dari rumah oleh anak menantu sendiri.

ADVERTISEMENT

Bukan anak menantu je tak suka, pak cik tua bernama Noerman ini mendakwa dia turut dibenci cucu menyebabkan ramai yang tumpang simpati.

@syaifuddin091212 setega itukah seorang menantu😭#fyp #viral #CapCut ♬ suara asli – CIPUT

Dalam video viral, pak cik ini berkata dia dari Kalimantan ke Jakarta untuk berjumpa anak. Tetapi baru dua hari menginap, dia tiba-tiba dihalau balik semula ke Kalimantan oleh menantu.

Tapi rupa-rupanya kisah Pak Cik Noerman ini ada plot twist! Cerita sebenar terbongkar selepas seorang individu mengaku sebagai keluarga menjelaskan apa yang terjadi.

pak cik tua

Menurut keluarga, Pak Cik Noerman diminta balik semula ke Kalimantan selepas kantoi mencuri barang-barang anak antaranya telefon bimbit. Katanya, kejadian ini bukan pertama kali berlaku, orang luar pun ada yang jadi mangsa!

Anak yang tinggal di Jakarta sudah berusaha menjaga bapa dengan baik tetapi kerana tak tahan dengan perangai buruk itu, bapanya diminta tinggal dengan kakaknya di Kalimantan.

Dia sudah dijaga sama saya dan isteri tetapi dia malah mengambil handphone saya buat isteri mudanya.

Dalam keterangan keluarga, Pak Cik Noerman sebenarnya mempunyai pekerjaan yang bagus tetapi dia menghancurkan hidup sendiri apabila curang di belakang isteri.

Pak Cik Noerman kena ‘musibah’ teruk selepas bercerai dengan isteri tua demi isteri mudanya. Tetapi, isteri muda tak terima Pak Cik Noerman yang sudah tak lagi bekerja.

Isteri muda hanya mengambil kesempatan menggunakan Pak Cik Noerman untuk tujuan mengemis dan mencuri.

Dia juga dah tak berani ke masjid Alfalah gara-gara mengambil hp juga. Sekarang siapa yang mahu dia di daerah saya? Ya anaknya lah yang malu gara-gara orang tua panjang tangan, tapi okey saya tak jadi masalah.

Pak Cik Noerman diminta ke Kalimantan kerana ada anak perempuannya di situ, tetapi dia lari dan kini anak-anak sendiri tak tahu dia di mana.

BACA: Tegar Dihalau Keluar Dari Rumah Sewa, Bekas Isteri Pula Sudah Ada Pengganti

Kredit: detiksumsel

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas