Connect with us

Oh! Media

Paip Singki Meletup Sebab Jiran Guna Asid, Ibu Terkilan Didesak Tarik Balik Laporan Polis

Oh! Tidak

Paip Singki Meletup Sebab Jiran Guna Asid, Ibu Terkilan Didesak Tarik Balik Laporan Polis

Semalam, tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak melecur didakwa akibat terkena cecair asid yang berpunca daripada letupan saluran paip singki di sebuah pangsapuri.

ADVERTISEMENT

BACA: “Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis” – Mangsa Buli Bukan Saja Melecur, Tapi Cedera Tulang Rusuk

Ibu mangsa, Nurul Hidayah memaklumkan anaknya kini sedang berada dalam keadaan separa kritikal dan ada juga kemungkinan mengalami cacat kekal di bahagian mata.

Minta tarik balik laporan

Terbaru, ibu mangsa mendakwa dia didesak oleh pihak tak bertanggungjawab supaya menarik semula laporan polis. Hidayah berasa terkilan dengan permintaan itu dan menganggap ianya sebagai tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Orang itu pula nak tarik report. Tapi, Dayah tidak akan tarik report balik. Tak adil untuk anak Dayah. Tak perlu nak kesiankan orang yang tak ada akal fikiran macam ini. Biar undang-undang yang tentukan, biar polis yang siasat.

Malah, ibu mangsa juga meminta nasihat orang ramai berhubung dengan kejadian tersebut. Semoga kita doakan yang baik-baik sahaja buat keluarga ini.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas