Connect with us

Oh! Media

“Otak Mana?” – Nak Tipu Kolej Konon Ada Kecemasan, Individu Ini Selamba Minta Sijil Mati Adik Kawan

Trending

“Otak Mana?” – Nak Tipu Kolej Konon Ada Kecemasan, Individu Ini Selamba Minta Sijil Mati Adik Kawan

Tidak sensitif dan tiada ‘common sense’ itulah yang dapat dikatakan dengan tindakan seorang individu yang selamba minta surat kematian adik rakannya semata-mata kerana mahu mohon cuti kecemasan.

ADVERTISEMENT

Abang arwah iaitu Asyraff Mohd Fauzi meluahkan rasa terkilan dengan tindakan melampau individu itu dan mempersoalkan adakah dia tidak reti menghormati orang yang baru meninggal dunia.

Tambahan pula, keluarga arwah sendiri belum mendapatkan apa-apa maklumat tentang keputusan kematian dan masih menunggu panggilan dari pihak hospital.

Saya sebagai abang arwah, bukan apa, saya rasa terkilan. Sebab kami sekeluarga pun belum dapat apa-apa result dari hospital. Tunggu panggilan.

Katanya, hantaran yang dibuatnya ini bukan bertujuan untuk memalukan atau menghina sesiapa. Dia hanya mahu memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai supaya menghormati sensitiviti orang lain.

Harap saudara dan sahabat, mendoakan yang baik-baik sahaja hentikan kecaman. Tujuan untuk peringatan semua. Jangan normalise benda-benda macam ni. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Airul Ikmal Affizan Bin Mohd Fauzi.

Ujar Asyraff lagi, adalah lebih baik jika individu itu bertanya khabar dengan cara yang betul bukannya terus menyinggung perasaan ahli keluarga yang baru kehilangan orang tersayang.

Hantaran yang dibuat di Twitter pada Ahad itu sehingga kini mendapat lebih 6,000 perkongsian dan 100 reaksi daripada orang ramai.

Kredit: Twitter asyraffmfauzi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas