Connect with us

Oh! Media

“Orang Kecam Macam-Macam, Kami Kenal Hati Budi Anak”- Ibu Mangsa Kemalangan Maut

kemalangan

Trending

“Orang Kecam Macam-Macam, Kami Kenal Hati Budi Anak”- Ibu Mangsa Kemalangan Maut

Ibu mana yang tidak sedih dengan pemergian anak tercinta. Orang ramai macam biasa sudah tentu akan terus mengecam tanpa memikirkan hati perasaan keluarga mangsa.

ADVERTISEMENT

Itulah apa yang dihadapi keluarga mangsa kemalangan maut di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown malam tadi. Ibu mangsa Shahiril Rohaiza berkata anakya Muhamad Eizreel Muhamad, 25 tahun seorang yang baik.

“Kami kenal hati budi anak kami macam mana. Orang kecam macam-macam depa tak fikir perasaan kami yang baru hilang anak”- Ibu mangsa.

Arwah anak sulung daripada dua beradik memang minat dengan motosikal daripada rangka dia boleh bina jadi sebuah motosikal. Tetapi dia anak yang baik, bertanggungjawab dan ambil berat tentang keluarga.

Arwah Eizreel yang berkahwin pada usia muda itu meninggalkan dua anak berusia lapan dan empat tahun dan difahamkan isterinya ketika ini sedang hamil anak ketiga.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, tiga orang mangsa maut ditempat kejadian selepas terlibat kemalangan membabitkan motosikal dan kereta.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas