Connect with us

Oh! Media

Niat Kongsi Pengalaman Kena Raba Nak Bagi Peringatan, Tapi Lain Pula Yang Dapat!

Trending

Niat Kongsi Pengalaman Kena Raba Nak Bagi Peringatan, Tapi Lain Pula Yang Dapat!

Di waktu puncak, perkhidmatan awam seperti bas dan LRT sememangnya sesak berikutan orang ramai berebut mahu pulang ke rumah.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Budak Lelaki Dirakam Cium Dan Raba Penunggang Motosikal Wanita Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat Merah

Dalam keadaan ‘padat’ itu, ada orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan melakukan gangguan seksual.

Seperti pengalaman buruk yang dikongsi wanita ini, seorang penumpang dipercayai menggunakan jari meraba di bahagian punggung mangsa (rakannya). Apabila tindakannya disedari mangsa, penumpang tersebut terus cover seluar di bahagian alat sulitnya.

Penumpang itu juga didakwa melakukan perkara yang sama kepada perempuan lain di dalam tren yang dalam perjalanan dari Abdullah Hukum ke Setiawangsa.

Lebih menyakitkan hati apabila mangsa menerima mesej berbaur seksual selepas berkongsi pengalaman pahitnya itu di media sosial.

Lelaki itu dengan selamba berkata pelaku geram melihat punggung mangsa menyebabkan terjadinya kejadian itu. Melampau!

Dalam tempoh 24 jam, sahabat saya diserang secara seksual oleh dua lelaki yang berbeza, secara fizikal dan online.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai di mana rata-ratanya mengecam tindakan segelintir netizen yang mengecam mangsa. Tak kurang juga yang menyokong mangsa melakukan laporan polis.

Kredit: Twitter balqiszairul

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas