Connect with us

Oh! Media

Nahas Motosikal, Pemain Bola Sepak PJ City Meninggal Dunia

PJ City - Oh! Media

Trending

Nahas Motosikal, Pemain Bola Sepak PJ City Meninggal Dunia

Semalam, dikhabarkan seorang pemain bola sepak Petaling Jaya (PJ City FC), P Rajes terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan motosikal yang ditunggangnya terbabas.

ADVERTISEMENT

BACA: “Biy Tak Tinggal Awak Yang” – Kemalangan Tiga Kenderaan, Suami Meraung Isteri Terbakar Depan Mata

Kejadian pada jam 11 malam itu berlaku apabila motosikal mangsa terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Sri Batu Caves.

Motosikal hilang kawalan

Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku semasa mangsa sedang menunggang motosikal yang telah hilang kawalan secara tiba-tiba, lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – Superintendan Noor Ariffin

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang P Rajes. Mendiang sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa pasukan lain termasuk PKNS FC, Selangor dan Kedah.

Kredit: Sinar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas