Connect with us

Oh! Media

“Musang King Tak Minta Ke?” – Tular Screenshot Mohon Bantuan Daging, Sotong Besar

Oh! Tidak

“Musang King Tak Minta Ke?” – Tular Screenshot Mohon Bantuan Daging, Sotong Besar

‘Diberi betis hendak paha’, itulah peribahasa yang dapat menggambarkan sikap individu ini apabila menyenaraikan pelbagai bahan tidak wajar ketika memohon bantuan.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian di laman Facebook, pengusaha kafe, Nur Ain Nadyan yang berhadapan dengan situasi tersebut hanya mampu bersabar dan menyifatkan individu ini sudah melampau.

Kes yg ke 50+ dlm hari yg sama. Salah seorang pemohon bantuan. Ada yang mohon bantuan tv, peti sejuk, mesin basuh. Kami cuma dahulukan pesakit kanser dan oku je ya?

Kes malam semalam. Simple je jawapan ambo. Duk tunggu-tunggu dia reply balik. 24jam tak reply lagi. Mungkin tengah kumpul duit. Maaf. Ambo cuba bersopan, tapi ambo pun ada rasa penat. Bagi betis, mohon pelempang.

Ambo dengan rela nak bagi free. Minggu lepas dah hantar ayam, barang basah sikit. Adik-adik ambo pun tak minta macam ni lagi dengan ambo,

Pelempang untuk diLETGO. Percuma, boleh dapatkan di cafe ambo. ~Ambo husnudzon ja, sebab ambo pun makan makanan mahal-mahal. Mana boleh makan makanan marhaen, takut gatal-gatal. Paling sadis, hilang ingatan.

#Page-bantuan sementara bersama ain #MeQEmpireLadyboss #MeQBeKind #BeKindMalaysia

Menurut Ain, dia cuba bersopan namun berasa penat apabila berhadapan situasi begini. Malah, ada juga yang meminta sumbangan televisyen, peti sejuk dan mesin basuh. Untuk bantuan ini, pihaknya memberi keutamaan kepada individu kurang upaya dan pesakit kanser sahaja.

Kredit: Nur Ain Nadyan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top