Connect with us

Oh! Media

Murid Tadika Maut Gara-Gara Ditinggalkan Di Dalam Kereta Lebih 5 Jam

Trending

Murid Tadika Maut Gara-Gara Ditinggalkan Di Dalam Kereta Lebih 5 Jam

Siapa sangka pertemuan terakhir seorang ibu bersama anaknya pada hari itu adalah ketika anaknya diambil oleh pengetua untuk ke tadika.

ADVERTISEMENT

Itulah kisah malang yang terjadi kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun apabila dia disahkan telah meninggal dunia, gara-gara ditinggalkan di dalam sebuah kereta lebih lima jam, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengetua tadika iaitu wanita berusia 49 tahun itu akan mengambil mangsa dari rumah ibu bapanya ke tadika setiap Ahad hingga Khamis.

Namun, sebaik saja selepas PKP, pengetua wanita itu akan mengambil dan menghantar mangsa hanya pada hari Selasa dan Rabu, manakala hari lain mangsa akan dihantar oleh ibunya sendiri.

Siasatan awal mendapati pada jam 7.45 pagi semalam, pengetua tadika itu telah mengambil mangsa di rumahnya di Taman Ria, Sungai Petani.

Mangsa pada ketika itu dikatakan berada di dalam keadaan sihat dan duduk di tempat duduk belakang kereta.

Sebelum kejadian berlaku, pengetua terbabit dikatakan telah mengambil seorang lagi pelajar lain yang berusia 5 tahun dan diletakkan di tempat duduk hadapan.

Namun sebaik saja tiba di hadapan tadika itu, seorang guru di Tadika Taman Ria telah datang mengambil hanya pelajar yang berada di bahagian tempat duduk hadapan dan terus masuk ke dalam tadika. Dia kemudiannya telah memakir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta.

Siasatan lanjut mendapati ketika kejadian, mangsa berada di dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan.

Kereta yang dipercayai telah dipandu oleh pengetua tadika sebelum kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa adalah anak kedua daripada dua beradik dan telah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari tadika ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, semalam.

Mangsa juga dikatakan sudah hampir setahun dihantar oleh ibu bapanya ke tadika itu untuk dijaga oleh pengasuh.

Beliau berkata, mangsa dipercayai berada dalam kereta itu dari 8 pagi hingga 12.15 tengah hari.

Kejadian itu hanya disedari pada 12.15 tengah hari ketika pengetua mahu menghantar semula mangsa ke rumah, namun mendapati mangsa tiada di dalam kelas.

Guru kelas memberitahu mangsa tidak hadir ke sekolah menyebabkan wanita itu terus menuju ke arah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dan mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri. – Katanya.

Adzli berkata, selepas menyedari perkara itu pengetua terbabit telah bertindak untuk menghubungi ambulans dan melaksanakan resusitasi kardiopulmonari (CPR) terhadap mangsa namun mangsa tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, mangsa telah dibawa ke hospital dengan ambulans dan hasil pemeriksaan doktor memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan tiada kesan kecederaan di luaran.

Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dipanggil untuk pengambilan sampel dan dapat satu sampel swab di atas kerusi penumpang belakang.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat,” katanya.

Adzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pihak polis juga telah menahan pengetua wanita itu untuk membantu siasatan dan merampas anak kunci serta kereta yang telah dipandu oleh pengetua itu untuk tindakan lanjut.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas