Connect with us

Oh! Media

MPV Terbabas Di Langgar Myvi, Dua Anggota Polis Cedera

Trending

MPV Terbabas Di Langgar Myvi, Dua Anggota Polis Cedera

Kalau sebut pasal Myvi, mesti ramai yang tahu dengan kereta yang dikatakan cukup terkenal dengan lagak ngerinya di jalan raya Malaysia, bak kata orang putih cakap, ‘King of the road’ gitu.

ADVERTISEMENT

Semalam dua anggota polis telah dilaporkan cedera selepas mereka terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Mutiara Emas 7, Mount Austin.

Kemalangan yang melibatkan kereta peronda (MPV) polis dengan Perodua Myvi itu dipercayai berlaku pada jam 11 pagi.

Siasatan mendapati kemalangan itu sebenarnya berpunca disebabkan oleh kecuaian pemandu Perodua Myvi yang gagal membrek lalu melanggar bahagian belakang MPV.

Akibat daripada pelanggaran itu, MPV terbabas dan melanggar tiang di pembahagi jalan.

Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan. Pemandu dan anggota MPV mengalami kecederaan manakala pemandu Perodua Myvi tidak mengalami apa-apa kecederaan. Kata Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain

Fuhhh, anggota polis siap cedera, tapi pemandu Myvi tu selamat je tak ada cedera apa-apa. Memang betul-betul ‘King of the road’ lah kereta Myvi ni.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas