Minta Tukar Kerja Ke Sabah, Wanita Dedah Suami Mahu Lari, Anggap Keluarga Sebagai Beban | Oh! Media
Connect with us

Oh! Tidak

Minta Tukar Kerja Ke Sabah, Wanita Dedah Suami Mahu Lari, Anggap Keluarga Sebagai Beban

Dengar macam senang tapi tak semua orang boleh duduk sebumbung dengan keluarga mentua.

Itulah yang cuba dielakkan oleh seorang wanita yang enggan berpindah ke rumah mentua di Sabah selepas berkahwin dengan suaminya tapi lain pula yang jadi.

IKLAN

Menerusi laporan mStar, wanita tersebut meluahkan rasa sedih apabila si suami mengambil keputusan untuk berpindah ke kampung halaman tanpa berbincang dengannya.

Setelah usia perkahwinan kami masuk tahun keenam, suami saya dapat kerja sebagai penjawat awam. Selama ni, suami buat keputusan untuk balik ke Sabah tapi saya enggan balik ke sana untuk tinggal rumah mak ayah mentua dengan ipar duai.

Saya banyak halang dia untuk berpindah kerana mak mentua, ipar duai tak menyukai saya dan menjadikan saya sebagai hamna abdi buat kerja rumah.

Adakah saya isteri yang nusyuz kerana enggan berpindah bersama suami?

Dia tak menyangka perkara ini akan berlaku kerana selama lapan tahun hidup bersama tiga anak kerana hidup aman dan tenang.

Relakan suami balik ke sana

Selepas mengetahui perkara itu, pasangan ini bertengkar kerana si isteri masih berkeras tak mahu duduk serumah dengan mentua.

Suami saya membuat keputusan tanpa berfikir. Anak-anak saya yang masih bersekolah dan kesukaran untuk melakukan pertukaran sekolah di hujung tahun.

Yang membuatkannya bengang, si suami rupanya tak pernah menunaikan nafkah zahir dan memilih untuk tinggal dengan keluarga demi menjimatkan kewangan.

Saya tidak mahu kehilangan anak-anak. Cukuplah saya redha kehilangan suami yang pentingkan diri.

Bukan tu jer, si suami juga selalu bertindak sebegini dan pernah membuat pinjaman peribadi tanpa dia tahu.

Sementara itu, dia menjelaskan pendedahan ini perlu dibuat kerana selama ini dia membisu dan tak mahu menyesal di kemudia hari.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas