Connect with us

Oh! Media

Minat Pelajar Perempuan Sama, 10 Senior ‘Bantai’ Budak Lelaki Tingkatan Empat

Oh! Tidak

Minat Pelajar Perempuan Sama, 10 Senior ‘Bantai’ Budak Lelaki Tingkatan Empat

Terdapat satu kejadian pada Sabtu lepas yang membabitkan seorang pelajar lelaki tingkatan empat cedera dipukul seniornya. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : “Boleh Bocor Kepala Budak” – Lelaki Ini Kongsi Foto Taman Permainan Paling Bang*ang Tahun 2022?

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah asrama sekolah di daerah Tengah Melaka dimana mangsa telahpun dipanggil oleh pelajar tingkatan lima di sebuah bilik asrama pada jam 2 pagi.

Kemudian, seramai 10 senior memukul mangsa selepas dia memberikan jawapan yang dianggap tidak berpuas hati apabila ditangakan mengenai hal berkaitan rokok elektrik.

Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati kerana meminati pelajar perempuan yang sama dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit.

Laporan polis dibuat kira-kira jam 5.15 petang semalam oleh abang mangsa berusia 27 tahun selepas mengetahui kejadian menimpa adiknya itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang penangkapan berlaku terhadap kesemua pelajar senior yang didakwa memukul mangsa tetapi rakaman keterangan sudahpun diambil. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas