Connect with us

Oh! Media

Milo ‘Display’ Disangka Asli, Peniaga Terhibur Kenang Nasib Pencuri

Trending

Milo ‘Display’ Disangka Asli, Peniaga Terhibur Kenang Nasib Pencuri

Sudah menjadi lumrah apabila sesetengah peniaga yang menjual produk atau air minuman akan meletakkan ‘barang tiruan’ sebagai display di gerai mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Kedai Dipecah Masuk, Pemilik Kedai Beri Duit Belanja Kepada Pencuri

Selalunya, mereka akan melakukan perkara tersebut sebagai perhiasan atau sebagai strategi untuk menarik perhatian orang awam mengenai produk yang dijualnya.

Bagaimanapun, tidak semua gerai akan mempamerkan produk yang asli di gerai masing-masing. Adakalanya mereka akan mengisi barang-barang asing seperti pasir, air, tanah dan sebagainya.

Sama konsep seperti di premis telefon pintar, para peniaga akan meletakkan ‘smart phone display‘ yang seakan-akan sama reka bentuknya, namun tidak boleh digunakan seperti produk asal.

Baru tinggal beberapa minit, barang ‘display’ dah kena curi

Perkara sama juga terjadi kepada seorang peniaga apabila ‘produk tiruan’ yang diletakkan sebagai bahan perhiasaan tidak semena-mena dicuri oleh seseorang.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna laman Facebook bernama Khai Shah Addeen, kejadian yang dipercayai berlaku di Taiping, Perak itu menjadi pengalaman berharga buat dirinya.

Bercerita mengenai kejadian, dia dikatakan telah meninggalkan gerai buat seketika bagi membeli bekalan ais oleh kerana dirinya menjual ais kepal berperisa Milo.

Tambahnya, dia telah meninggalkan gerai hanya kira-kira 7 minit sebelum mendapati empat daripada enam peket milo yang digunakan sebagai display telah hilang secara tiba-tiba.

Lebih menghiburkan, peniaga tersebut turut mengakui kandungan bahan dalam peket tersebut hanyalah pasir semata-mata untuk menambahkan berat ‘produk tiruan’ tersebut.

Tadi saya pergi beli ais sekejap, tinggal gerak lebih kurang 7 minit. Bila datang balik, tengok peket milo untuk display dah hilang empat.

Adui pencuri, dalam tu bukan ada milo oi! Ada pasir bagi berat. Benda macam itu pun nak curi hahaha.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga turut terhibur dengan nasib yang menimpa pencuri tersebut selain memberikan nasihat agar peniaga tersebut tidak meninggalkan gerai tanpa dijaga orang lain.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mendapat lebih daripada 1,000 tanda suka serta telah dikongsikan sebanyak 2,700 kali.

Kredit: Facebook Khai Shah Addeen

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas