Connect with us

Oh! Media

“Mereka Tak Minta Wang Tebusan” – Azi Ceritakan Detik Cemas Diculik Di Thailand

Trending

“Mereka Tak Minta Wang Tebusan” – Azi Ceritakan Detik Cemas Diculik Di Thailand

Negara kita telah digemparkan dengan berita mengenai ejen jualan kosmetik, Rosnizarah, atau lebih dikenali sebagai Azi yang telah diculik lalu telah dikembalikan kepada keluarganya pada petang semalam.

ADVERTISEMENT

BACA : Ejen Kosmetik Pulang Ke Rumah Dan Cerita Kisah Yang Terjadi, Kelibat Suami Pun Ada Sekali?

Memetik laporan daripada Harian Metro, ejen jualan kosmetik tersebut menceritakan detik cemas waktu penculikannya ketika dikunjung oleh Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi pada hari ini.

Diculik namun diberi layanan yang baik

Azi yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata bahawa penculik memberi jaminan kepadanya untuk menghantarnya pulang tetapi bukan pada waktu itu. Namun, Azi diminta untuk bersabar dan perlu menunggu dari tiga minggu hingga ke sebulan kerana berita mengenai penculikannya sedang tersebar luas.

Sepanjang ditahan, setiap hari saya menangis dan bertanya bila akan dikembalikan kerana saya difahamkan mereka tidak meminta wang tebusan, malah tidak tahu apa motifnya.

Azi memaklumkan bahawa kumpulan individu yang menculiknya itu memberi layanan yang baik termasuk menjaga makan dan minumnya. Azi juga memaklumkan bahawa salah seorang penculik memberitahunya yang dia akan pulang pada hari itu.

Kenderaan penculik itu ditahan di imigresen (Thailand), Azi yang berada di dalam kenderaan itu telah bawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand sebelum dibawa pulang ke tanah air semalam.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas