Connect with us

Oh! Media

Menara TM Yang Dibina Dengan Kos RM669.3 Juta Mahu Dijual?

menara tm

Trending

Menara TM Yang Dibina Dengan Kos RM669.3 Juta Mahu Dijual?

Telekom Malaysia Bhd (TM) telah membuat iklan tawaran untuk menjual Menara TM yang terletak di pusat koridor KL Sentral-Bangsar.

ADVERTISEMENT

BACA: PM Bangga Dan Teruja Merdeka 118 Menara Ke-2 Tertinggi Di Dunia, Tapi Rakyat Tak Bangga?

Menerusi laporan Berita Harian, Menara yang menjadi struktur bangunan ikonik di ibu negara dengan memiliki 55 tingkat ini ditawarkan dengan harga yang tidak diberitahu.

Perkhidmatan berkelas dunia

menara tm

Peringkat pertama bagi jualan Menara TM ini akan ditutup pada jam 12 tengah hari pada 18 Mac. Bangunan yang dibina pada tahun 2001 oleh Telekom Research & Development Sdn Bhd ini merupakan pegangan bebas dan masih dihuni sepenuhnya.

Menara TM in dibina sebagai bangunan pejabat yang memiliki pejabat berkeluasan 989,000 kaki persegi, pusat konvensyen seluas 92,431 kaki persegi, dewan pelbagai guna, kompleks sukan, klinik, pusat fisioterapi, pusat jagaan kanak-kanak dan masjid.

Kos untuk bina Menara keini sekitar RM669.3 juta dan memiliki lebih 1,700 lot parkir berhampiran infrastruktur sokongan seperti laluan pejalan kaki dan Stesen LRT Kerinchi dan Universiti.

Menara yang memiliki status MSC berkelas dunia ini memiliki kawasan yang sangat strategik kerana terletak berdekatan dengan KL Sentral, Mid Valley, KL Eco City dan Bangsar South.

Agak-agak berapa agaknya harga yang ditawarkan untuk menjual Menara TM ni kan? Kalau kos nak bina pun dah cecah dekat RM700 juta, mesti lebih harga yang ditawarkan!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas