Connect with us

Oh! Media

Memorandum Pengeluaran KWSP Sebanyak RM10k Diserah Pada Parlimen, Ada Harapan?

Trending

Memorandum Pengeluaran KWSP Sebanyak RM10k Diserah Pada Parlimen, Ada Harapan?

Kerajaan diminta untuk meluluskan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 oleh sekumpulan pencarum di hadapan Parlimen hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA : Anwar Ibrahim Tukar Fikiran, Gesa Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP

Menurut laporan Harian Metro, kumpulan itu telah menyerahkan memorandum tersebut kepada seorang wakil di bangunan Parlimen pada pagi tadi.

Perkara ini dibuat bagi kelangsungan hidup pencarum yang terkesan akibat pandemik dan perkara ini dikatakan sendiri seorang wakil pencarum iaitu Mohd Farhan Jailani.

Kami dengan tegasnya sebagai pencarum KWSP yang terkesan ingin menuntut hak kami mengikut Akta KWSP 1991.

Kami tidak akan sekali-kali berhenti sehinggalah wang itu berada dalam akaun bank kami.

Apa pandangan korang? Mesti ramai yang sokong kan. Sebelum ini, Anwar Ibrahim juga menggesa kerajaan supaya membenarkan perkara itu kerana ramai rakyat yang terdesak ketika ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas