Connect with us

Oh! Media

Melampau! Lelaki Tendang Gelandangan Diburu Polis

gelandangan

Trending

Melampau! Lelaki Tendang Gelandangan Diburu Polis

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform media sosial yang memaparkan seorang gelandangan warga tua didakwa telah ditendang oleh seorang individu sehingga tertunduk kerana menahan sakit.

ADVERTISEMENT

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di akaunnya dengan mengatakan kejadian itu berlaku di Bukit Bintang sekitar tarikh 14 Januari 2022 pada jam 7 pagi.

Dapat dilihat dalam video yang dimuatnaik itu, beberapa individu mengemas tempat tidur gelandangan yang sarat dengan sampah serta kotak-kotak terpakai yang dijadikan sebagai alas tempat tidur.

Gelandangan tua itu cuba untuk menghalang individu-individu terbabit dari mengemas tempatnya, namun salah seorang dari mereka bertindak kasar dengan menendang perut warga emas tersebut.

Biarpun ramai yang faham tindakan gelandangan itu salah tetapi perilaku individu itu menendangnya dianggap agak keterlaluan dan banyak pihak yang kurang senang apabila menonton video pendek tersebut di Facebook Krul Nizam.

komen facebook

Rata-rata merasakan tindakan tersebut tidak perlu dilakukan dan boleh saja proses pembersihan itu dilakukan dengan cara yang lebih baik dari menyakiti mana-mana pihak.

Polis buru individu dalam video tendang perut gelandangan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan perkara itu.

Di dalam video tersebut menunjukkan kejadian seorang gelandangan dikasari oleh individu lain. Pihak polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan.

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kredit: Facebook Krul Nizam

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas