Connect with us

Oh! Media

Malaysia Termasuk Dalam Senarai Lampu Hijau Melancong Ke United Kingdom

united kindom

Trending

Malaysia Termasuk Dalam Senarai Lampu Hijau Melancong Ke United Kingdom

Sebelum ini kami ada kongsikan tentang Thailand bercadang untuk memberikan kebenaran untuk orang Malaysia melancong ke Danok dengan syarat terima dua dos vaksin lengkap. Sekarang, kerajaan United Kingdom pula dimaklumkan bakal memberi berita baik buat kaki travel.

ADVERTISEMENT

Mereka mengumumkan kelonggaran terbesar di saat pandemik ini dengan membuka semula pintu masuk dan keluar dari England. Perkara ini diumumkan melalui laman web rasmi mereka dengan mengubah peraturan baharu bermula 4 Oktober.

Sebanyak 17 negara diiktiraf Enland untuk memasuki negara mereka dan Malaysia termasuk dalam senarai itu. Sistem baru ini juga dikatakan akan memudahkan mereka untuk mengenal pasti kemasukan pelancong dari luar.

Antara vaksin yang dibenarkan untuk memasuki England adalah AstraZeneca, Pfizer, Modeerna, Janssen dan termasuk vaksin campuran antara 4 jenama tersebut.

Pengunjung tidak perlu melakukan ujian PCR sebelum berlepas ke negara itu. Bagaimanapun, pelancong perlu menempah dan membayar ujian Covid-19 pada hari kedua selepas tiba di England serta perlu dikuarantin selama 10 hari.

Mereka yang gagal menunjukkan bukti terima vaksin lengkap bagaimanapun masih boleh diterima masuk tetapi perlu melakukan ujian PCR dan dikuarantin selama 10 hari.

Negara kita bernasib baik apabila termasuk dalam negara hijau. Tidak seperti negara lain yang disenaraikan dalam negara merah kerana masih belum mencapai tahap imunisasi kelompok. Antara negara dalam senarai merah adalah Cuba, Indonesia, Myanmar, Pakistan, Thailand dan banyak lagi.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas