Oh! Tidak

“Macam Tak Ada Otak” – Bapa Mengamuk Anak Darjah 1 Dikurung Dalam Bilik Pagar Besi

Published on

Viral di media sosial murid darjah 1 didakwa diletakkan untuk pengasingan di dalam sebuah bilik pagar besi.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Twitter Azuan Abd Ghafar, bapa murid dilihat mempersoalkan hal itu di dalam kumpulan Whatsapp kelas dan guru mengaku perbuatannya.

Bapa murid juga berkata akan ke sekolah berjumpa dengan guru-guru lain termasuk guru besar untuk mendapatkan penjelasan.

Jelasnya, pengasingan di dalam bilik sedemikian merupakan satu hukuman yang boleh merosakkan emosi murid ke sekolah.

Tambahan pula, keadaan sekeliling bilik berpagar besi itu membahayakan apabila terdapat kotak elektrik di dalamnya.

Haih, baru darjah satu dah kena macam tu? Kesian betul. Apa-apa pun kita tunggu penjelasan daripada pihak sekolah pula.

BACA: Murid Digigit Guru Lelaki Di Bibir Hilang Selera Makan, Emosi Terganggu

Kredit: Twitter Azuan Abd Ghafar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version