Connect with us

Oh! Media

Macam Dalam Filem, Ini Kronologi Kes Wanita Diculik Dan Diperkosa Gara-Gara Dendam

Trending

Macam Dalam Filem, Ini Kronologi Kes Wanita Diculik Dan Diperkosa Gara-Gara Dendam

Seorang wanita di daerah Shahdara, Delhi Timur, India menjadi mangsa culik dan rogol sebuah keluarga gara-gara dendam. Kejadian ini tular selepas video menunjukkan mangsa dipukul, wajah dilumur pewarna hitam dan diarak sekitar bandar tersebar.

ADVERTISEMENT

BACA: Remaja Kahwin Usia Muda, Dirogol 400 Lelaki Selama 6 Bulan

Memetik laporan portal Opindia, dalam satu rakaman tular, mangsa dilihat telah dipukul dengan kayu dan tali pinggang. Seorang lagi suspek menggunting rambut mangsa. Lebih kejam lagi suspek menyuruh seorang remaja lelaki memasukkan alat sulit ke dalam mulut mangsa.

Dimalukan depan orang ramai

Semasa diarak sekitar bandar, mangsa berterusan dimalukan dan orang ramai hanya menepuk tangan serta bersorak.

Kejadian kejam ini telah mendapat perhatian Ketua Menteri Delhi dan Suruhanjaya Wanita, Swati Maliwal di mana beliau telah mengarahkan pasukan polis Delhi menahan kesemua suspek dan mangsa ditempatkan di rumah perlindungan.

Kronologi kes

Menceritakan kronologi kes, seorang remaja lelaki bernama Ayush Nahariya berusia 16 tahun dipercayai telah jatuh cinta dengan mangsa.

Menurut adik mangsa, Ayush telah melamar kakaknya namun cintanya ditolak kerana kakaknya sudah berkahwin.

Kakak saya dah kahwin pada tahun 2018. Ayush jatuh cinta dengan dia. Ayush selalu call kakak dan minta kakak bercerai dengan suami. Tetapi kakak menolak.

Pada 12 November tahun lalu, remaja lelaki itu bertindak lari dari rumah dan ditemui maut selepas melompat di hadapan kereta api.

Kematian itu telah menyebabkan keluarga remaja lelaki (Ayush) mahu membalas dendam. Mereka pada awalnya hanya mengugut namun tidak sangka sampai ke tahap ini.

Seminggu sebelum mangsa diculik, kereta yang disewa bapa mangsa untuk mencari rezeki turut dibakar. Pada 26 Januari lalu, suspek memecah masuk rumah dan melarikan mangsa.

Mangsa memberitahu keempat-empat suspek telah mengurungnya dalam sebuah bilik dan mendakwa telah dirogol bergilir-gilir.

Suspek dikatakan turut memasukkan alat sulit ke dalam mulut mangsa untuk memalukannya. Suspek berbuat demikian disaksikan ahli keluarga suspek yang lain.

Selepas menerima laporan, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan 11 orang suspek.

The Indian Express melaporkan bandar Shahdara memang terkenal dengan kejadian jenayah dan penjualan minuman keras. Penduduk di situ langsung tidak takut undang-undang dan polis sudah beberapa kali dipukul penduduk ketika membuat rondaan di kawasan itu.

Salah seorang penduduk memberitahu keluarga suspek sangat berpengaruh di kawasan itu. Mereka dikatakan menjual arak dan mengedar dadah menyebabkan tiada siapa yang berani ‘mengusik’ mereka.

Kredit: opindia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas