Connect with us

Oh! Media

Luahan Sedih Pengeluar i-Sinar KWSP

Trending

Luahan Sedih Pengeluar i-Sinar KWSP

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdu Aziz telah pun membuat pengumuman mengenai Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan tidak kira bagi mereka yang hilang pekerjaan atau pendapatan yang dikurangkan. 

ADVERTISEMENT

BACA: Berita Gembira! Semua 8 Juta Ahli KWSP Boleh Keluarkan RM10,000

Berdasarkan pengumuman yang telah dibuat ini, seramai 8 juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka.

Hari ini di Alor Star, orang ramai dilihat sudah mula memenuhi bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan ada yang sudah mula berbaris sejak pukul 8 pagi.

Ahmad Nasri Abu, 44, dari Naka Padang Terap, berkata, dia kini hanya bergantung kepada wang KWSP untuk kelangsungan hidup selepas dia disahkan mengidap penyakit batu karang kronik sejak dua tahun lalu.

Katanya, wang simpanan KWSP akaun duanya sudah pun habis diterima dan dia berhasrat mahu mengeluarkan semua wang simpanan akaun satu miliknya sebanyak RM6,000.

Sebelum ini saya pernah kerja kilang di Pulau Pinang selama tiga tahun dan sudah berhenti dan kembali ke kampung menoreh getah, tapi akibat penyakit yang saya, saya tak dapat keluar menoreh lagi.

Isteri saya juga sudah keluarkan akaun dua dan hari ini kami akan sama-sama memohon untuk keluarkan akaun satu.

Kami tak ada pilihan kerana anak-anak masih belajar, wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan cukup untuk membeli keperluan dapur sahaja. – Kata bapa kepada lapan orang anak ini.

Seorang peniaga Norjuzini Jamaludin,37, pula berkata dia mahu mengeluarkan wang simpanan akaun satu untuk digunakan bagi menambah modal perniagaannya dalam talian.

Katanya, selepas dia dan suami Ahmad Syakir Rosli,33, berhenti kerja sebagai jurujual telefon tahun lepas, mereka terpaksa mengeluarkan wang simpanan KWSP untuk berniaga.

Pandemik Covid-19 sangat memberi kesan kepada kami sekeluarga. Suami saya berniaga nasi lemak dan burger, anak pula baru berusia dua tahun. Saya bantu suami berniaga kosmetik dalam talian supaya boleh menjaga anak di rumah. – Kata Norjuzini.

Ahmad Osman yang juga orang kurang upaya (OKU) berkata, dia bersyukur usianya yang bakal menjangkau 55 tahun pada 14 Disember ini akan memudahkan urusannya untuk mengeluarkan simpanan KWSP.

Sejak kemalangan tujuh tahun lalu, saya hanya kerja kampung, tangan kiri saya tidak dapat berfungsi seperti biasa, isteri membantu saya dengan bekerja sebagai tukang cuci kerana dua orang anak kami masih bersekolah.

Isteri saya pun akan keluarkan akaun satu selepas akaun dua kami sudah digunakan, dalam keadaan sekarang, semua perlukan wang tambah pula golongan kurang kemampuan seperti kami. – Katanya yang berasal dari Jitra.

Ternyata ramai yang bergantung pada wang KWSP untuk kelansungan hidup. Kami mendoakan semoga urusan kalian dipermudahkan.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas