Connect with us

Oh! Media

Bekas jurutera lesap RM9.5 juta

Oh! Tidak

Lesap Begitu Saja RM9.5 Juta Duit Bekas Jurutera Ini!

Seorang bekas jurutera berusia 63 tahun kehilangan RM9.5 juta selepas terpedaya dengan iklan pelaburan mata wang kripto yang menjanjikan keuntungan besar.

Menurut laporan Kosmo, mangsa yang pada awalnya tertarik dengan iklan di media sosial, diarahkan menyertai kumpulan WhatsApp sindiket untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan tersebut dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Johor, Datu M. Kumar.

IKLAN

Mangsa diminta memuat turun aplikasi khas untuk menyertai pelaburan dan memantau pergerakan keuntungan.

Bekas jurutera lakukan 29 transaksi, tapi hasilnya tipu belaka

Antara Oktober hingga Disember tahun lalu, mangsa telah melakukan 29 transaksi berjumlah RM9,474,310 ke 11 akaun bank berbeza seperti yang diarahkan sindiket.

Lebih menyedihkan, mangsa menyangka dirinya sudah mencatatkan keuntungan RM88 juta berdasarkan aplikasi pelaburan tersebut. Namun, apabila cuba mengeluarkan wang, mangsa diarahkan untuk membayar RM800,000 terlebih dahulu.

Ketika itu, mangsa menyedari dirinya telah ditipu kerana tidak lagi dapat menghubungi individu yang mengendalikan pelaburan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan

Mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis, dan kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.

Ketua Polis Johor mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa, terutama yang disebarkan menerusi platform media sosial.

#OhmediaNasihat

Pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa sering kali menjadi perangkap sindiket penipuan. Pastikan anda membuat semakan latar belakang pelaburan atau syarikat yang terlibat sebelum melabur. 

Ingat, jika sesuatu tawaran kelihatan terlalu baik untuk menjadi kenyataan, besar kemungkinan ia adalah penipuan.

Bekas jurutera lesap RM9.5 juta

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas