Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tendang Gadis Pekerja Restoran Sampai Koyak Tisu Lutut Hanya Kerana Tak Dapat Nombor Telefon

tendang gadis

Trending

Lelaki Tendang Gadis Pekerja Restoran Sampai Koyak Tisu Lutut Hanya Kerana Tak Dapat Nombor Telefon

Apa teruk sangat perangai lelaki macam ni? Belum apa-apa dah dayus dengan kaum wanita. Lepas tengok rakaman CCTV lelaki tendang orang perempuan ni rasa geram sangat-sangat.

ADVERTISEMENT

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran di Mersing Johor pada hari Ahad lalu di mana seorang lelaki telah menendang pekerja restoran gara-gara tidak berjaya mendapatkan nombor telefon remaja perempuan terbabit.

Mangsa, Nadrah yang baru berusia 14 tahun mengalami kecederaan pada bahagian lutut dan mengakui trauma untuk bekerja selepas kejadian itu.

Suspek panggil mangsa ‘betina si*l’

Adik saya baru berusia 14 tahun. Dia tengah cuti sekolah sekarang ni dan buat kerja sambilan untuk cari duit belanja.

Ada seorang lelaki ni selalu datang dan kacau adik saya tengah kerja. Dia kerap minta nombor telefon dan ganggu tapi adik saya tak layan. – Jelas kakak mangsa, Fiza.

Rakaman CCTV turut menunjukkan suspek telah memaki mangsa dengan panggilan ‘betina si*l’. Mangsa yang tidak tahan sabar menjawab semula dengan menengking ‘Kau kenapa!’. Ketika inilah suspek menaikkan kaki dan menendang mangsa hingga cedera.

Suspek mengugut mangsa untuk memukulnya

Suspek kemudian terus beredar keluar dari restoran berkenaan. Mangsa kemudian menghubungi ibunya sebelum membuat laporan polis.

Kalau kawan lelaki tu tak halang dia daripada terus tendang adik saya, tak dapat bayangkan apa akan jadi lagi lepas tu.

Lepas siap buat report, polis minta mak bawa adik pergi hospital. Tisu lutut adik saya terkoyak sebab kena terajang dua kali. Lelaki itu pakai kasut tapi tak pasti kasut apa.

Fiza turut memaklumkan adiknya ketika ini tak lagi pergi kerja sebab trauma selepas diugut untuk memukul mangsa jika terjumpa tepi jalan.

Suspek kemudian berjaya ditahan pihak polis sehari selepas laporan dilakukan. Diharapkan suspek tidak ulangi perkara seperti ini dan menerima hukuman setimpal.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas