Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tak Sempat Curi Wang Dari Mesin ATM, Larikan Diri Sebab Cuak ‘Alarm’ Bunyi

dos penggalak

Oh! Tidak

Lelaki Tak Sempat Curi Wang Dari Mesin ATM, Larikan Diri Sebab Cuak ‘Alarm’ Bunyi

Usaha seorang lelaki yang cuba untuk mencuri wang di mesin pengeluaran automatik (ATM) sebuah bank gagal.

ADVERTISEMENT

BACA : Kes Letup Mesin ATM Di Meru, Polis Percaya Suspek Memang Profesional

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku di sebuah bank Chendering, Kuala Terengganu pada jam 3.55 pagi tadi dan perkara ini dikatakan sendiri  Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman.

Sebelum itu, suspek dikatakan telah memasuki premis berkenaan dengan mengumpil pintu bank dengan menggunakan besi. Kemudian, dia cuba untuk mengumpil mesin berkenaan pula namun gagal dan menyebabkan ‘alarm’ berbunyi.

Disebabkan itu, polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati suspek telahpun melarikan diri.

Pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan tindakan suspek yang cuba memecah mesin ATM di bank berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan. Senang hidup buat macam tu ya? Orang lain punya susah payah bekerja demi mencari rezeki yang halal.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas