Connect with us

Oh! Media

(Video) Tidak Sedar Aksi Dirakam, Lelaki Sempat Cabul Remaja Perempuan Sambil Menunggang Motosikal

Trending

(Video) Tidak Sedar Aksi Dirakam, Lelaki Sempat Cabul Remaja Perempuan Sambil Menunggang Motosikal

Keselamatan kaum wanita di Malaysia hari ini semakin membimbangkan dengan pelbagai masalah yang wujud. Malah, ramai wanita pada hari ini berasa takut untuk keluar rumah apatah lagi jika terpaksa keluar seorang diri.

ADVERTISEMENT

Namun, malang buat seorang remaja perempuan apabila dia dikatakan telah menjadi mangsa cabul pada Khamis lepas seperti yang telah dilaporkan oleh Sinar Harian.

Remaja perempuan yang berusia 18 tahun  itu dipercayai telah dicabul oleh seorang penunggang motosikal pada 25 Mac 2021 di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan.

Wan Khairuddin Wan Idris selalu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan berkata, pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa di Balai Polis Kota Bharu pada jam 11 malam hari yang sama. 

Menurut keterangan mangsa, kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 9.40 pagi ketika dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dan dihampiri oleh suspek yang menaiki motosikal jenis Honda C90, dari belakang. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut, suspek dianggarkan berusia 40 hingga 50-an itu bertindak menyentuh punggung mangsa sebelum memecut melarikan diri. 

Video yang dikongsikan di laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis.

Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu terus membuat laporan polis.

Siasatan awal polis berdasarkan nombor pendaftaran, polis telah mengenal pasti pemilik motosikal itu yang berasal dari Kuala Lumpur. Namun, polis percaya motosikal itu mungkin telah dijual tetapi nama pemilik asalnya masih belum ditukar. 

Foto suspek.

Polis kini sedang giat mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu untuk tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. 

Kredit: Info Roadblock JPJ/Polis

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas