Connect with us

Oh! Media

Lelaki Kantoi Rogol Anak ‘Boss’ Baru Saja Berusia 9 Tahun 

Oh! Tidak

Lelaki Kantoi Rogol Anak ‘Boss’ Baru Saja Berusia 9 Tahun 

Seorang lelaki tergamak rogol anak majikannya sendiri yang baru saja berusia 9 tahun di Jinjang, Kuala Lumpur bulan lepas.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, perkara yang dilakukan suspek berusia 20-an itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian sebenar kepada keluarganya pada Selasa lepas.

Kata sumber, perbuatan terkutuk itu dilakukan suspek yang bekerja dengan ibu mangsa pada tengah bulan lepas, tapi keluarganya baru saja tahu lepas anaknya cerita.

Keluarganya kemudian membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Mangsa yang trauma kemudian dibawa ke Balai Polis Jinjang sebelum laporan polis dibuat Selasa lalu.

Pihak polis juga telah menerima laporan mengenai kejadian itu. Siasatan juga akan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Usaha mengesan suspek yang melarikan diri sedang dijalankan.

Allahu, semoga suspek dapat ditahan dengan segera. Apa punya orang lah buat perkara sebegitu!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas