Connect with us

Oh! Media

Lelaki Dicekup Khalwat Hanya Sempat Sarung Baju Tidur Kartun Milik Teman Wanita

Ohmedia khalwat

Oh! Tidak

Lelaki Dicekup Khalwat Hanya Sempat Sarung Baju Tidur Kartun Milik Teman Wanita

Pasangan kekasih tiba-tiba diserbu ketika khalwat di sebuah bilik sewa di Kulim Kedah.

Macam adegan dalam drama, seorang lelaki di Kulim, Kedah berdepan detik memalukan apabila hanya sempat menyarungkan baju tidur bergambar kartun milik teman wanitanya ketika diserbu penguat kuasa agama.

Lapor Sinar Harian, kejadian yang berlaku di sebuah bilik sewa itu difahamkan berpunca daripada panik ketika pasangan berkenaan dikejutkan dengan ketukan pintu oleh pihak berkuasa.

Serbuan pagi kejutkan pasangan kekasih

Khalwat

Ketika pemeriksaan dilakukan sekitar jam 9.50 pagi, lelaki berusia 23 tahun itu ditemui bersama kekasihnya yang baru berusia 16 tahun.

IKLAN

Menurut Pegawai penguat kuasa yang mengetuai operasi, Anwar Sharifudin Mat Saad, lelaki berkenaan pernah bekerja di sebuah kilang manakala remaja perempuan tersebut baru tiga bulan bekerja di pusat snuker.

Lelaki itu memberi alasan hanya menumpang tidur selepas menghantar teman wanitanya pulang dari kerja.

Pasangan tersebut kemudian dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Pssttt! Apa pun alasannya, bab berkhalwat bukan perkara kecil kerana ia melibatkan maruah dan undang-undang agama yang perlu dijaga.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas