Connect with us

Oh! Media

Lelaki Dedah Punca Sebenar Bercerai, Dakwa Tak Tahan Selalu Kena Pukul

Trending

Lelaki Dedah Punca Sebenar Bercerai, Dakwa Tak Tahan Selalu Kena Pukul

Sebelum ini viral di media sosial kisah sedih mengenai seorang wanita yang ditinggalkan suami selepas 13 hari melahirkan anak ketiga. Wanita yang masih berada dalam pantang itu mendakwa mereka bercerai hanya kerana menegur buku temu janji klinik anak yang koyak.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Dicerai Dalam Pantang Selepas Tegur Buku Klinik Anak Koyak

Walau bagaimanapun, seorang lelaki tampil menafikan dakwaan yang dibuat bekas isterinya itu. Memetik laporan Sinar Harian, lelaki itu mendakwa dia menceraikan isteri kerana tidak tahan dengan sikap bekas isterinya yang mudah naik tangan setiap kali mereka berselisih faham.

Sebenarnya pergaduhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri marah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak. Tapi waktu itu dia mengugut mahu mencederakan saya.

Dakwanya, selama ini dia hanya bersabar dengan sikap isteri yang akan memukul dan mencederakannya setiap kali bergaduh.

Kali ini, saya tak tahan lagi, sebab itulah saya buat keputusan ceraikan dia.

Menurutnya, selepas kisah isteri tular di media sosial, dia tampil memberi kenyataan kepada media untuk membersihkan nama. Lelaki itu mendakwa hanya mereka yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.

bercerai
Foto: Kosmo!

Masyarakat yang hanya mendengar kisah sebelah pihak memberi gambaran seolah-olah dia seorang suami yang mahu lari daripada tanggungjawab.

Awal perkahwinan kami bahagia. Tapi semuanya sementara apabila lama-kelamaan kami sering bergaduh.

Lelaki ini berkata, mereka pernah bercerai pada tahun 2019 namun rujuk semula di atas permintaan isteri. Dakwanya sepanjang menjadi suami dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Dia sememangnya sayangkan anak-anak dan memohon masyarakat berhenti menghukum. Difahamkan, lelaki ini telah membuat laporan polis.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas