Connect with us

Oh! Media

Lagi Kes Langgar Lampu Merah Di Senawang, Mangsa Maut Di Lokasi Sama Tragedi 3 Sekawan

Oh! Tidak

Lagi Kes Langgar Lampu Merah Di Senawang, Mangsa Maut Di Lokasi Sama Tragedi 3 Sekawan

Satu lagi insiden kemalangan langgar lampu merah dilaporkan berlaku di lokasi sama yang pernah meragut nyawa tiga sekawan sebelum ini di Persiaran Senawang 1, Matahari Heights, Negeri Sembilan.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 12.16 pagi pada 4 Mei 2025 dan membabitkan pertembungan antara sebuah van dan sebuah motosikal.

IKLAN

Lokasi sama, punca pun sama, langgar lampu merah…

Menurut laporan dari halaman Facebook Negeri Sembilan Kini, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat yang sama dan menjadi tular selepas rakaman dashcam dimuat naik ke media sosial.

Lagi kes langgar lampu merah, lokasi sama dimana kejadian 3 sekawan maut dirempuh Honda Jazz pada 3 Mac lalu.- Tulis mereka.

Tambah laman itu lagi, kejadian kali ini melibatkan seorang penunggang motosikal yang difahamkan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia.

Rakaman dashcam tular, netizen luah rasa kecewa…

Klip dashcam berdurasi beberapa saat itu jelas menunjukkan sebuah kenderaan melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh motosikal yang sedang melalui simpang.

Situasi ini sekali lagi mengundang kemarahan orang ramai yang rata-ratanya kecewa kerana punca kemalangan berulang tetap sama, iaitu sikap pentingkan diri dan cuai ketika memandu.

Kerap sangat dah kemalangan kat traffic light sini. Punca sama je, langgar lampu merah. Dah merah lagi tekan minyak.- Netizen.

Masih menanti kenyataan rasmi dari pihak polis…

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung tindakan susulan terhadap pemandu yang terlibat.

Namun berdasarkan kes sebelum ini, ramai netizen berharap agar tindakan tegas dapat diambil agar tragedi sama tidak terus berulang.

Pssttt! Sikap cuai dan tergesa-gesa di jalan raya boleh membawa padah bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain yang tidak bersalah. Hormatilah lampu isyarat dan utamakan keselamatan. Satu detik cuai boleh mengubah nasib seumur hidup.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas