Connect with us

Oh! Media

Kotak Suis Terbakar, Badan Lelaki Ini Melecur 80 Peratus

melecur

Trending

Kotak Suis Terbakar, Badan Lelaki Ini Melecur 80 Peratus

Kejadian di Jalan Damanlela, Bukit Damansara, tiga pekerja di tapak binaan melecur kerana suis pendawaian di premis itu terbakar secara tiba-tiba.

ADVERTISEMENT

BACA: Pengguna Jalan Raya Panik, Kereta Terbakar Jalan Mengundur Di Genting

Menerusi laman Utusan, kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi itu telah menyebabkan seorang lelaki melecur sebanyak 80 peratus di bahagian badan dan dua orang lagi cedera 30 dan sembilan peratus.

Punca kebakaran masih belum diketahui

melecur
Foto: Kosmo

S. Thirugaiyah Saminathan, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur menyatakan, pihak bomba terus bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 11.26 pagi tadi.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, terdapat kebakaran melibatkan sebuah kotak suis yang berada di kawasan tapak pembinaan. 

Bagaimanapun, api telah padam setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian.

Mangsa kejadian kini sudah dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan. Punca kebakaran masih belum diketahui dan dalam siasatan.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas