Connect with us

Oh! Media

Komuniti Skateboard Bersuara, Buku Teks Label Main Skateboard Tiada Penghayatan Agama?

Trending

Komuniti Skateboard Bersuara, Buku Teks Label Main Skateboard Tiada Penghayatan Agama?

Kandungan yang terkandung dalam buku teks sekolah perlulah mempunyai unsur-unsur yang positif yang mampu memberikan gambaran yang sepatutnya kepada pelajar.

ADVERTISEMENT

BACA: Youtuber Terkenal Dikecam Netizen Selepas Promosi Syarikat Judi ‘Online’?

Namun terdapat satu kandungan di dalam sebuah buku teks yang memberi gambaran serta padangan yang negatif terhadap aktiviti bermain papan selaju yang mengundang rasa kurang senang terhadap komuniti sukan itu.

Papan selaju tidak menghayati agama?

Menurut admin sk8msia di Instagram, kandungan yang ditulis buku teks itu merupakan satu fitnah, sekaligus memberi tanggapan negatif orang ramai terhadap sukan berkenaan.

Tambahnya lagi, adalah tidak wajar untuk mendidik dengan cara yang salah dengan mengatakan remaja yang terlibat dengan sukan itu sebagai tiada penghayatan agama.

Netizen memberikan beberapa pendapat

Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa perbezaan pendapat yang diberikan netizen berhubung perkara ini.

Ada yang turut bersetuju bahawa kandungan itu memberikan tanggapan yang negatif terhadap komuniti berkenaan dan ada juga yang berpendapat isu ini merupakan salah faham semata-mata.

Apa-apa pun, diharapkan agar semoga isu ini segera diselesaikan.

Kredit: Instagram sk8msia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas