Connect with us

Oh! Media

Ketegangan AS-China Bakal Jejas Malaysia? Ini Respon Pensyarah Universiti Malaya

As china

Trending

Ketegangan AS-China Bakal Jejas Malaysia? Ini Respon Pensyarah Universiti Malaya

Semalam heboh di media sosial selepas kapal terbang yang membawa Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi mendarat dan tiba di Taiwan.

BACA: China Parking 28 Jet Pejuang Dekat Sempadan Taiwan! Peringatan Jangan Rapat Dengan AS?

Insiden itu dikatakan mampu mencetuskan peperangan dunia ketiga selepas China dilihat berang dengan tindakan Nancy meskipun telah memberikan amaran untuk menjejakkan kaki ke Taiwan.

IKLAN

Tidak akan beri kesan besar pada Malaysia

Kp97ac7g joe biden xi jinping 650 625x300 10 november 21

Namun, ketegangan yang berlaku di antara kedua-dua negara itu dijangka tidak akan memberi kesan yang besar buat Malaysia.

Menurut Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik dari Universiti Malaya, Roy Anthony Rodgers ketika dihubungi Awani, Malaysia mampu untuk mengimbangi serta mengurangkan sebarang kesan yang bakal berlaku melalui dasar berkecuali yang diamalkan.

Buat masa kini, sebab kita tak tahu perkembangan lebih lanjut, buat masa ini saya rasa kesannya masih minimum.

Tapi walaupun minimum, tidak bererti kita boleh lepas tangan. Kita masih perlu terus memerhatikannya kerana kita tidak pasti.

Sudah ada berita mengatakan China telah memperkukuhkan kehadiran tentera lautnya, tentera udaranya di sekitar kawasan Selat Taiwan namun buat masa ini, kesannya dijangka minimum tapi kita perlu berhati-hati dan berjaga-jaga.

Untuk info, hubungan antara China dan AS dilihat menjadi semakin tegang selepas lawatan Pelosi di Taiwan pada Selasa lalu yang disifatkan sebagai pencabulan terhadap prinsip ‘Satu China’ dan kedaulatan negaranya.

Dalam pada itu, pertikaman lidah yang berlaku antara pegawai di Washington dan Beijing telah menyebabkan China mengumumkan latihan ketenteraan membabitkan kapal perang dan kapal terbang selama empat hari di perairan berhampiran Taiwan.

Semoga negara kita terhindar daripada perkara memudaratkan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas