Connect with us

Oh! Media

Kes Pelajar Hilang: Bapa Sahkan Rangka Ditemui Milik Anaknya, Hafiz Fauzan

Arwah pelajar hilang ohmedia

Oh! Tidak

Kes Pelajar Hilang: Bapa Sahkan Rangka Ditemui Milik Anaknya, Hafiz Fauzan

Sebulan yang lepas, seorang pemilik dusun durian di Jalan Muar-Yong Peng menemui rangka manusia yang berada di celah pokok.

Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh mengesahkan identiti rangka terbabit milik Hafiz Fauzan Abd Halid.

Perkara itu disahkan bapa arwah iaitu Abd Halid Sugiman yang menerima keputusan daripada Hospital Sultan Ismail (HSI).

IKLAN

Berdebar-debar bila saya menerima panggilan petang tadi, tapi Alhamdulillah semua sudah selesai. Apa yang ditunggu-tunggu sudah berakhir.

Difahamkan, jenazah akan dituntut esok pagi di Hospital Sultanah Nora Ismail dan urusan jenazah akan dibantu pihak Jabatan Agama Batu Pahat. Solat jenazah akan dibuat di Surau Al-Muhajirin Bandar Putera Indah, Tongkang Pecah, pada 10:30 pagi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 7, Tongkang Pechah.

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan Hafiz Fauzan seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja. Mangsa hilang pada 26 Mei selepas keluar menonton bola sepak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas