Connect with us

Oh! Media

Kes Dua Beradik Hilang, Tukang Urut Lelaki Mengaku Tak Bersalah Dakwaan Amang Seksual

tukang urut

Oh! Tidak

Kes Dua Beradik Hilang, Tukang Urut Lelaki Mengaku Tak Bersalah Dakwaan Amang Seksual

Terkini! Seorang tukang urut lelaki mengaku tak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas pertuduhan melakukan amang seksual kepada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

ADVERTISEMENT

Tertuduh, Hamid Khan Samoon didakwa melakukan perbuatan itu bermula 1 Januari hingga 10 Januari lalu di di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan, City Centre, Kuala Lumpur.

Untuk kesalahan tersebut, tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim, Mohd Kafli Che Ali menetapkan ikat jamin kepada RM8,000 selepas tertuduh merayu memberi alasan perlu menanggung kakak.

Hakim juga menerima syarat tambahan yang dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan perlu melapor diri di balai berdekatan setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Februari depan untuk sebutan semula kes.

tukang urut

Terdahulu, tular mengenai kehilangan dua beradik selepas solat subuh di surau perumahan mereka terletak di Taman Bernam Jaya.

Pada malam 11 Januari, orang ramai menemui salah seorang daripada adik beradik itu dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni.

Mangsa mendakwa dia dan adiknya telah dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling oleh individu tidak dikenali.

Mereka berdua diperlakukan tidak baik dan dipisahkan pada 9 Januari lalu.

Kredit: Sinar Harian | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas