Connect with us

Oh! Media

anak tiri

Oh! Tidak

Kerani Tergamak Bersetubuh Dengan Anak Tiri Mengaku Tidak Bersalah

Sebelum ini, seorang lelaki yang bekerja sebagai kerani di pusat khidmat rakyat telah didakwa bersetubuh dengan anak tiri perempuannya berusia 17 tahun.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin. Lelaki yang berusia 37 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah flat di Ampang, pada jam 10.30 pagi dan 8.30 pagi masing-masing pada 20 serta 21 Mei lalu.

IKLAN

Kes seperti ini disiasat mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Syarat tambahan tertuduh dan mangsa tinggal di tempat berlainan, selain lelaki itu tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta melaporkan diri di balai polis terdekat.

Timbalan Pendakwa Raya, Norhasimah Hashim turut mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Peguam bela tertuduh, Wan Afifah Che Bakar kemudian meminta jaminan RM5,000 sahaja kerana anak guam perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak berusia tiga, enam serta tujuh tahun.

Saya difahamkan mangsa sudah dihantar ke rumah ibu saudaranya di Subang atas saranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tertuduh dan mangsa tidak lagi tinggal bersama. Kata Wan Afifah.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan meluluskan syarat tambahan timbalan pendakwa raya. Kes ini akan disambung pada 4 September nanti.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas