Connect with us

Oh! Media

Kerana Kasih, Ibu Beri Duit Pada Anak Beli Dadah, Sanggup Duduk Dengan Sampah

Trending

Kerana Kasih, Ibu Beri Duit Pada Anak Beli Dadah, Sanggup Duduk Dengan Sampah

Sejahat dan seburuk mana pun seorang anak itu, ibunya tetap akan menyayangi serta sanggup melakukan apa sahaja demi kebaikan anaknya.

ADVERTISEMENT

BACA: Penagih Dadah Serah Diri, Mengaku Tetak Leher Ibu Tiri Hingga Maut

Itulah kasih seorang ibu di Gombak apabila dia sanggup tinggal di rumah yang penuh dengan barangan lusuh serta sampah serta menemani anaknya yang merupakan seorang penagih dadah sejak 10 tahun lalu.

Memetik laporan daripada Harian Metro, kerana terlalu sayangkan anaknya, wanita yang berusia dalam lingkungan 70 tahun itu sanggup hidup sedemikian bersama anaknya yang berusia 42 tahun.

Difahamkan, kehidupan warga emas itu ketika ini bergantung kepada bantuan anak-anak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bukan itu sahaja, kediaman terbabit juga dijadikan sebagai tempat untuk anaknya menagih heroin dan mengutip barangan lusuh dan sampah untuk dijual sebagai modal untuk membeli dadah.

Perkara itu terbongkar selepas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak membuat pengesanan ke atas orang disyaki di sekitar Selayang dan Rawang 10 Ogos lalu.

Lelaki terbabit yang tinggal di Selayang Baru antara enam penagih dadah yang ditahan AADK ketika membuat pengesanan terbabit.

Ketika ini, kedua-dua ibu dan anak itu ditahan bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas