Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Saya Kena Tapi Dia Tak Kena?” – Lelaki Tak Puas Hati Kena Saman, Siap Suruh Polis Saman Kereta Sebelumnya

Oh! Tidak

“Kenapa Saya Kena Tapi Dia Tak Kena?” – Lelaki Tak Puas Hati Kena Saman, Siap Suruh Polis Saman Kereta Sebelumnya

Korang pernah tak alami situasi ditahan polis sewaktu sekatan jalan raya tapi dalam masa yang sama ada juga kenderaan lain yang buat kesalahan hampir sama dengan korang, tapi terlepas daripada dikenakan tindakan.

ADVERTISEMENT

BACA: Tahan Pemandu Patuh Peraturan Jalan Raya, Anggota Polis Trafik Disiasat

Apa perasaan korang kalau berdepan dengan situasi macam itu? Geram atau korang terima je denda dan saman yang dikenakan tu?

Lelaki berang ditahan polis

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki selepas dia disaman pihak polis sewaktu sekatan jalan raya.

Menerusi video dikongsi Isu Terkini Apa Hari Ini di Facebook, seorang lelaki berang dengan pihak polis yang menahannya sewaktu sekatan jalanr aya.

Difahamkan, lelaki tersebut berang kerana terdapat sebuah lagi kenderaan di hadapannya yang terlepas daripada dikenakan sebarang denda walaupun melakukan kesalahan yang hampir sama dengannya.

Kenapa awak(polis) tak lepaskan saya, dia(kereta sebelumnya) lepas tapi tak kena saman.

Jadi, maknanya benda ni kira tak adil lah?

Bagaimanapun, anggota polis itu mendedahkan bahawa dia hanya menjalankan tugasnya dan meminta lelaki tersebut untuk tidak mempertikaikan keputusan yang dibuat dan selesaikan perkara ini di mahkamah.

Dah buat salah nak pertikaikan pula

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati selepas ditahan pihak polis.

Dah kena saman tu bayar je lah bang, jangan nak pertikaikan pula kenapa orang lain tak kena.

Kredit: Facebook Isu Terkini Apa Hari Ini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas